Monday, December 30, 2013

Scan 3D My Baby.

dah lama tak update. weehaa. apsal makin lama makin malas ni. semua salah abang Nuffnang. tak bagi BE. nak menaip pun jadi malas. kah kah kah. nampak tak keikhlasan di situ?

ekceli ni cerita berkurun lama. tak kurun kurun sangat. lebih kurang 2 minggu lepas. disebabkan tak beli pape lagi barang untuk my baby bam bam ni, maka, Mish ngan encik husband gigih lajugak pergi Bahau untuk scan baby boo lam perut ni. niat utama nak tau gender selain nak tengok perkembangan baby.

alhamdulillah.

baby sihat. gender pun dah tau. baru semangat hoi hoi nak membeli belah sampai poket papamu pun terbelah-belah. haha. gender di rahsiakan dulu. saje nak bebajet retis sikit. bebajet semua nak tau kan kan?

Mish buat scan 3D ni kat Klinik Thong kat Bahau, Negeri Sembilan. RM80 untuk 3D. not bad la. sana takde 4D. setiap kali scan, mesti baby bam bam ni memalu nak tunjuk muka. haritu pergi scan 2D kat klinik An Nisa, Kota Bharu pun dia tak bagi kerjasama. sorok muka dia. siaplaaaaa baby kuar nanti. mama cecubit pipi. haha.

 ni contoh gambar dia tak bagi kerjasama. sorok muka belakang uri. haishh. tak pela. yang penting doktor cakap jantung baby okey. tulang belakang okey. air ketuban pun normal. semua InsyaAllah selamat sehingga kita berjumpa face to face ye baby. baby ni pemalu ikut papa agaknya. kah kah kah. semua takmau menurun mama ye. haipp~

ni yang 2D. doktor tunjuk mata, hidung, jantung. Alhamdulillah. seronok sangat. rasa nak nangis pun ada. tapi sekat-sekat air mata. malu. indahhh sangat. rasa macam nak beli mesin 4D nak letak kat umah. hari-hari mama ngan papa bleh skodeng baby. takdop aroh laaa mesin tu mahal. haha.

yang doktor capture sex baby pun ada tau. tapi takmo la tunjuk sini. nanti baby malu. haha. Mish nak simpan lam frame. nanti kalau dia nakal Mish nak ugut tunjuk kat facebook. boleh camtu??

Monday, December 16, 2013

Tips Sebelum Dapat Anak


seriously Mish main tibai je tajuk tu. malas nak pikir. ada lebih kurang 2 bulan lagi sebelum i nak jadi mak-mak ni kn. so, entry pun dah ke arah mak-mak kn. padahal mak belum beranak. haha. lantakkk la. layankan je. :p

simpan cuti.
yang ni Mish tekan sangat dalam diri Mish. tengah duk kumpul cuti banyak-banyak untuk di bawak ke tahun depan. senang. memang la cuti bersalin nanti Mish nak ambil 3 bulan. tapi ni Mish spend cuti in case baby tak sihat, atau pengasuh ada hal ke apa ke. tak logik plak Mish nak bawak baby gi tempat keje kan. sah-sah la kena amik cuti. semua ni Mish belajar dari umi. so, cuti biar terlebih.

nanti kalu lebih cuti banyak-banyak boleh goyang kaki kat rumah. yeehuuu!

berjinak-jinak dengan kanak-kanak.
yeahh..kalau yang tak suka kanak-kanak tu boleh dah slow-slow pegi jalan umah jiran yang ada anak kecil. main-main dengan budak kecik. try test dukung baby seround dua. perhatikan apa yang normally budak selalu buat. kenalpasti perangai-perangai kanak-kanak. senang la nanti nak tackle hati anak sendiri. dah tackle anak sendiri baru senang nak didik dia. right?

okey, my husband tak reti kendong bby baru lahir. kena asah ni. ayuhhh! siapkan parang tukul bagai. haha. come on sayang.

luangkn masa sebanyak boleh dengan pasangan dan keluarga.
sebab nanti dah sibuk ngan anak dah. kita taktau anak tu nanti jenis banyak ragam ke tak. kalau tak banyak ragam, alhamdulillah, seronok nak bawak pi jalan-jalan. takde masalah. tapi kalau time sakit semua tu, masa dan perhatian konfem kat baby kannn. memang la orang yng busuk hati dan hatinya tidak redha akan cakap, tula, buat lagi anak awal-awal, kan dah takde masa untuk masing-masing. haha. gelak setan. rezeki anak tu lgi indah. masa bertiga tu nanti lagi indah. Allah aturkan the best!!!


kenalpasti kaedah didikan anak.
cuba bawak berbincang dengan pasangan camane nak didik anak nanti supaya anak tak terkeluar cuan keluarga bahagia dan diberkati. contoh macam kena bertegas bab tu. bab ni. well, berbincang la semampu kamu ye. jangan sampai terpikir nak pukul-pukul anak sampai lebam plak. ingt, anak tu ibarat kain putih.

psst..Mish nanti memang tak leh ajar anak shopping kuat sangat. tak nak manja-manjakan sangat anak. tapi husband kata Mish selalu manjakan Iman. dia tak cakap depan-depan, tapi i know my husband very well. haha.

berbaik-baik dengan kenalan dekat dan jauh.
boleh pungut hadiah baby lebih sikit. haha. mommy materialistik!



Friday, December 13, 2013

Tenang-tenangkan Diri

dulu,
aku pun pernah sakit.
pernah ditinggalkan.
pernah dikecewakan.
pernah ditipu.
pernah dimain-mainkan.
bukan sekali. bukan dua kali.
selalu. agak kerap.

biasa sangat aku mengadu pada teman. pada kawan-kawan yang tak pernah menjauh ketika aku dalam masalah yang menghimpit. terima kasih korang.

sekarang,
semua tu berbalas.
ye, aku bahagia.
aku dah ada suami dan bakal memiliki anak.
sikit pun aku tak menyesal dengan pengalaman dulu.
sikit pun aku tak membenci mereka yang dulu.
alhamdulillah, aku dah bebas dalam perancangan hidup olehNya.

mungkin, aku takkan sebahagia ini kalau hati aku tak pernah redha dengan cerita lama.
mungkin aku takkan begini kalau aku terus memendam rasa menjeruk duka lama.
mungkin aku takkan jadi macam ni kalau aku tak berusaha untuk membahagiakan diri sendiri.

sekarang,
mungkin aku berasa sakit, tapi pengalaman lalu, sangat-sangat mengajar aku,
macam mana nak berdepan dengan kesakitan.
macam mana nak kawal emosi kala kita dalam kedukaan.
mugkin dulu aku belum matang.
terlalu kebudak-budakan.
terlalu ikutkan darah remaja.
terlalu leka hingga lupa untuk bersyukur.

tenang-tenangkan diri, insyaAllah, hati pun turut tenang




Sunday, December 8, 2013

AWAS! Bahaya Online Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum w.b.t.

salam sejahtera dan mohon semua berada dalam keadaan sihat walafiat. alhamdulillah, Mish sendiri pun sihat dan masih gagah membawa perut yang tak kecik tak besar ni. hehe.

baca tajuk macam gerunn kan. Mish percaya, para mommy to be semua sedia maklum tentang bahayanya kegiatan online ni bagi ibu-ibu mengandung macam kita-kita ni. korang suka online? bukak blog? bukak facebook? bukak instagram?

haaa. bahaya berlipat ganda la maksudnya kalau anda di golongan tersebut. sebabnya, semua website, social site macam tu, penggunanya kebanyakan suka upload gambar makanan. ohhoii. nak tak nak harusla kita tatap gambar makanan tu kan. seterusnya ia diproses ke otak, pergi ke perut, tetiba terasa kat tekak. eh?

tak pasal-pasal teringin. kalau makanan simple dan senang nak dapat tak pe la. ni kalau yang jenis ada kat bandar-bandar besar. yang tak de jual online. yang susah nak dapat tu camane ye. haha. telan air liur kosong je la. thats why Mish cakap bahaya online ni woo. lebih-lebih lagi Instagram tu ha. yang tak mengandung pun boleh mengidam lebih dari orang mengandung kau!

sekarang ni tekak rasa nak makan laksa penang. hari tu dah dapat dah. ni terasa lagi lepas baca entry kat blog Pha Is ni. harap-harap laksa penang kat Kemaman Kopitiam sedap la. nak gi buru ni next week lepas encik husband habis oncall. sobss.


laksa penang, come to mama.

psst~
ekceli ni draft yang tak terpost sebab bekalan internet terputus. hikss.

Monday, November 25, 2013

Sebelum Kita Shopping Barang Baby.....

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama sebenarnya teringin nak pergi scan baby. teringinn sangat nak tahu baby boy or girl nih. sebab, selagi tak tau jantina baby, lagi tu Mish nekad tak nak beli barang baby lagi. haha. sengal kan. padahal banyak je baju unisex kat kedai-kedai tu. boleh je beli sehelai dua. tapi baby i dapat mommy gediks ngengada macam i ni kan, nak tunggu jugak jantina baby.

sekarang lebih kurang 24 minggu macam tu la kot. kata mereka yang senior, tak berapa nampak lagi jantina kalau pegi scan time ni pun. so hold dulu untuk 2 3 minggu lagi. sabar ye mama. sabar. padahal hati jiwa raga duk menggelupur dah bila tengok barang baby especially bila bukak instagram. gatal sangat pi follow instashop yang jual barang baby sape suruh kan. hikss.

boleh bayang betapa pokai purse aku lepas dapat tau jantina baby nanti. gatal-gatal tangan dah nak shopping ni. tahannnn je nak shopping.

skang ni kan baju pesen-pesen gini yang ngah trending untuk baby-baby.  baby pun ada fashion oiii!

tapi umi cakap, masa newborn tu takyah beli baju bebanyak. sebab baby cepat besar. kalau baby boy lagi senang. baju Iman dulu banyakk lagi yang elok.

Friday, November 22, 2013

Keutamaan

kalau ikutkan dalam Islam, for sure la suami jadi keutamaan kan. tapi bila dah mengandung ni, terbalik pulak. memang la best, tapi kadang-kadang rasa bersalah pulak. rasa macam isteri yang tak sempurna pulak. rasa macam membuli suami pulak. rasa macam kesiannn je. hikss.

kat kedai makan, time nak pilih menu. bila aku suh dia pilih menu, dia suruh aku balik. main suruh-suruh sampai kesian kat waiter. last-last aku mengalah. en suami kata, makan ikut kata baby. haha. banyakla alasan dia. kalau la baby boleh request, ui, tak termampu nak layan.

kalau time aku nak masak. aku tanya dia, hari ni rasa nak makan apa. aku bagi contoh lauk yang ada dalam peti sejuk. then nak bakar ke, goreng ke, masak merah ke, sup ke pape je la kan. setakat yang aku reti buat. untungnya laki aku jenis tak berapa gemar gulai. hikss. selamat laaa. sebab aku memang xberapa teror bab gulai-gulai ni. last-last jawapan en. suami, ikut sayang la. atau pun dia pilih yang paling simple. bakar je. cicah ngan air asam. sekali sekala tak pela. tapi kadang-kadang aku rasa macam dia ni saje tak nak nyusahkan aku. sifat yang baguss! tapi aku diburu rasa bersalah. haha. alih-alih aku buat je apa aku suka. kahkahkah.

cinta halal tu best!! saya sayang suami saya. :)

Friday, November 15, 2013

Siapa Pun Kita

walau sehebat mana pun kita,
ingatlah kuasa Allah lagi maha hebat,
sekejap je Dia boleh buat kita jatuh bergolek lantaran riak dan besar diri kita.

jadi, walau siapa-siapa pun kita kat atas muka bumi ini,
walau sesedih mana pun kita, ada yang lagi sedih.
walau sesusah mana hidup kita, ada yang lagi susah.
walau sebahagia mana pun kita, ianya ujian dari tuhan.

jangan lalai hanya kerana kau merana.
jangan berhenti berusaha hanya kerana kau dah mencapai cita-cita.

mungkin bahagia kita hari ni kerana luka masa lepas.
mungkin takdir kita hari tercipta kerana takdir masa lalu.
mungkin kita yang hari ni tak mungkin begini tanpa pengalaman dulu-dulu.

belajar bersyukur. belajar berterima kasih. belajar untuk sentiasa memandang ke bawah.


**terima kasih masa lalu. terima kasih atas pengalaman itu. terima kasih atas rasa itu. terima kasih atas kesempatan itu. teruskan apa yang sedang berlaku. jangan menoleh dan biarkannya membeku. 

Monday, November 11, 2013

Tips Untuk Suami Semasa Isteri Mengandung

Tips ni khas untuk suami-suami yang isteri atau isteri-isteri beliau mengandung je la ye. jika anda seorang suami, tapi isteri anda tak mengandung, mungkin boleh digunapakai sekiranya si isteri anda menghadapi saat-saat bulan mengambang. hikss. simptom dan perangai lebih kurang je. cuma kalau isteri yang mengandung, kena bayarrr lebih la... hehe

  1. Peka terhadap permintaan/keperluan.
    bila isteri mula tau yang dia mengandung, setiap permintaan tu memang agak kencang jugak la. kejap nak makan tu. kejap nak makan ni. kejap nak tu. kejap nak ni. boleh pening si suami kalau tak memahami. lepas tu kan, kalau misal kata, isteri ada sebut nak something ke..jangan peram lama sangat permintaan isteri tu. nanti hati dia membengkak. lepas tu mula la pikir, suami kita tak sayang kita la. suami kita tak bertanggungjawab la. bla bla bla. over kan perempuan punya pemikiran. yess. kami sentiasa berfikir di luar kotak. lepas tu perang dingin. haa. takmau takmau takmau. tapi sang isteri kena beragak jugak la ye. jangan ikut emosi sangat. kalau rasa si isteri belum makan dari pagi, cuba pujuk isteri untuk makan walaupun sikit demi bayi. jangan buat tak tau je. nanti isteri pikir, laki aku ni tak kisah agaknya aku mati kebulur pun. sobbss.
  2. Banyakkan bersabar.
    yang ni memang wajib la kan. banyak-banyak sabar ye wahai sang lelaki dalam menangani masalah perempuan ni. lagi-lagi time pregnant nih. emosi kejap ke atas. kejap ke bawah. tak leh salahkan perempuan jugak. masa ni hormon mana nak stabil. kadang-kadang, benda kecik pun boleh bawak rajuk yang panjang. suami kena pandai-pandai la ye. takkan masa bercinta je pujuk bukan main. buat video, nyanyi lagu, beli hadiah bagai. kannnn?? hehe
  3. Simpan duit banyak-banyak.
    serius kau yang ni. nampak macam materialistik kan, tapi hakikatnya, yang ni penting tau. saving. yess. menyimpan la sikit-sikit untuk beli keperluan bayi nanti. keperluan isteri masa mengandung lagi. kalau isteri mengandung, banyak jugak kena habiskan untuk kegunaan time mengandung je. selipar kena yang selesa-selesa kononnya. baju kena yang gebang-gebang ala-ala baju kelawar. semua butuh uang dong. barang bayi kalau anak sulong lagii la banyak guna duit. semua kena beli baru. hikss. Mish untung. sebab adik bongsu baru 5 tahun. so, banyak barang leh pawww dari umi je. selebihnya nak jugakkk beli baru. hee.
  4. Jadi la suami mithali. 
    ringankan beban si isteri sekali sekala tak salah. bukan dia mengandung anak orang lain pun kan. hehe. kalau isteri bekerja, sekali-sekala, tolongla isteri duk dapur. potong-potong bawang, sayur. teman isteri duk dapur. borak-borak tanya pasal baby, ada tendang ke tak. ada nakal-nakal ke tak. hikss. sweet je kan. kalau balik dari berjalan-jalan, sebelum tidur tu, urut-urut kaki isteri yang konfem penat duk bawak anak kita dalam perut tu. memang la kadang-kadang isteri menolak, sebab dia rasa macam menyusahkan. tapi be gentleman bro!! isteri sebenarnya suka ada orang bagi perhatian kat dia time-time dia rasa lemah. believe me. :)
  5. Puji Isteri.
    simple je kan. orang perempuan ni, bila dah mengandung. sebulan, dua bulan, tiga bulan, duk runsing pasal morning sickness je. mabuk-mabuk. muntah-muntah. dah masuk bulan-bulan seterusnya morning sickness pun dah kurang, runsing pasal perut makin besar. hiks. memang la besar kan dari hari ke hari, dah benih tu duk bercambah, membesar. seronokk tau. tapi tak seronok bila pikir, hilang bentuk badan. takut nanti suami cari lain. banyak kes yang kita dengar kan?? so, selalu la puji isteri awak tu. comel apa perempuan mengandung. naik seri wajah. perangai pun dah jadi cam budak-budak balik. selain dapat meningkatkan keyakinan diri si isteri, dapat hilang stress jugak tau. dapat tambah semangat jugak kita nak bawak kandungan ni. hee.
  6. Sama-sama berusaha menjadi yang terbaik.
    yeahh. tu yang terbaik. sama-sama jaga solat. sembahyang berjemaah banyak-banyak. sama-sama baca surah Maryam dan Yusuf yang dikatanya selusuh untuk perempuan mengandung. wallahu'alam. tapi umi nasihat suruh baca sama-sama. ngaji sama-sama. sweet kan. Mr. Arrogant pun menangiss kau. haha. selusuh terbaik adalah yang dibuat oleh suami tau. 
akhir kata, jadilah seorang suami yang SUPERB sepanjang isteri anda mengandung. semoga anak yang bakal dilahirkan nanti juga seSUPERB ibubapanya. :)



Monday, October 28, 2013

Sakit Belakang Semasa Hamil

Assalamualaikum w.b.t.

kandungan dah nak masuk 22 minggu. means dah 5 bulan lebih la baby tecikk ni duk lam perut kan. ahaa. dah memacam ragam dah Mish rasa sepanjang dia duk lam perut. muntah ngan loya tu walau tak teruk merasa la jugak kan. adat orang mengandung. ehee.

sekarang ni dia femes ngan sakit belakang pulak. tiap kali bangun tidur mesti rasa macam nak bengkok-bengkok je badan. sakit belakang rasa macam ditarik-tarik. tips dari misi cakap kalau nak bangun kena mengiring dulu. jangan bangun menegak. gigi dan mula denyut. baru nak risau pasal keperluan kalsium baby. mesti baby dah sedut kalsium lebih ni. susu tepung tak minum. so sekarang just minum susu UHT Dutch Lady yang Low Fat tu je. kadang-kadang makan calci-yum yang macam budak-budak duk makan tu.

banyak benda kena belajar sepanjang mengandung ni. mood pun sekarang bukan main emosi lagi. haha. lagi-lagi time sakit pinggang, punggung dan lenguh-lenguh kaki tu datang. sian encik hasben. selalu jadi mangsa. sobsss. lelaki-lelaki kena banyak sabar tau kalau isteri mengandung. hikss. thanx suami!

kalau balik jalan lama-lama sikit, malam tu suh la hasben gosok belakang sikit. sapu-sapu minyak kat kaki. bagi hilang rasa tegang urat tu. lepas tu malam-malam tengah tidur asyik nak kena bangun betul-betulkan tulang sikit. lenguh. dah tak tau nak tidur gaya macam mana lagi nak bagi selesa. sobss.

ada yang cadangkan beli nursing pillow tu. ahaks. nice idea!



sekarang ni tak sabar nak beli barang-barang baby. tapi awal lagi. tunggu 7 bulan ke atas baru sedap-sedap nak membeli. umi pun cakap macam tu. ehee. sabar ye baby. lagi beberapa bulannn je. duk baik-baik lam perut. nanti mama belanja baju. yeayy!

Thursday, October 17, 2013

Doa Ketika Mengandung.





Ya Allah,
Peliharalah anakku selama ia berada dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, Penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMu dan kepada RasulMu.

Ya Allah,
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Wednesday, October 16, 2013

Rahim Membesar

dah tiga hari perut sakit. bukan perut sangat ekceli. dia kat bahagian kiri bawah kat antara pinggang ngan peha tu. apa ntah orang medik panggil. kita bukan tau sangat anatomi dan fisiologi nih. haha. sakit dia pulak sakit yang amat sampai nak bergerak pun tak boleh. kena duk mengerasss kejap, baru leh gerak. tu pun rasa ngilu mak oii.


nak makan ubat macam-macam sebab tak tahan sangat sakitnya kan. tapi tak semua ubat leh telan dalam keadaan mengandung macam ni. bimbang. terus tak jadi makan ubat. encik hasben kata maybe UTI kot. try buat urine test. semua negatif.

nak masak apa semua, kena paksa diri. kalau tak, berlapar la encik hasben. biarpun dia berkeras tak bagi masak, tapi naluri isteri kot, kalau tak masak nak makan apa, kedai semua tutup. nak bagi dia masak, macam kesian pulak. ehee. manjakan suami kan gua ni. kehkehkeh.

okey, balik pada cerita perut.

bila dah tengok result urine tu semua negatif, imaginasi melampau Mish sekali lai memainkan peranan. ada pape jadik kat baby ke? alamak. baby, behave ye. be strong. i love you. sobss. tetiba sebak. over kan mainan fikiran? haha. nevermind. ibu penyayang memang macam ni. kahkahkah.

keesokkannya, tak menahan sangat sakit, Mish tanya staffnurse senior. Mish citer semua. dia cakap, kalau sakit perut tapi urine test negatif, biasanya untuk ibu primid macam Mish yakni first time preggy, sakit perut macam tu biasanya sebab rahim nak membesar. yela, baby pun perlukan space jugak kan. dia pun nak besar. hehe.

lepas tu baru la lega ya ampun. oh baby baby baby. jangan nakal-nakal please.

salam aidiladha semua!

Tuesday, October 1, 2013

Baru Nak Percaya Diri Ini MTB

alhamdullah, lepas makan Iberet Folic tu dengan gigihnya, naik la jugak bacaan HB Mish. walaupun 11.6 je yang terbaru tak ngapelah. naik pelan-pelan ye. hehe.

semalam patient tanya, dah ada ke belum? Mish pun jawab la ada. boleh pulak dia tak caye. haha. dia kata tak nampak pun. perut flat je. amboii kak. takkan Mish nak kena tunjuk kot kat mana yang tak flat tu kan. haha. akak tu pun cakap, yela, awak kecik kan, tak nampak sangat. nanti senang beranak. haha. ayat last tu Mish Aminn kan.

ekceli, Mish sendiri macam tak caye je. betul ke aku ni pregnant eh? sebab tu Mish selalu buat UPT tu tau. sebab was-was. even selalu dapat result positif, tetap buat. haha. disebabkan tak terasa macam mengandung, Mish buat la keje macam bese, kemas stor, angkat kotak. mana yang terlalu berat Mish tak berani jugak amek risiko kan. heee. tau takuttt kan?

:p

sehinggalah last week Mish pergi scan kat klinik, doctor tunjuk jantung baby, bentuk baby dalam perut. hiksss. comel tengok jantung dia gerak-gerak. baru percaya, betulla..ada benda dalam perut aku. hehe. sampai rasa macam nak mintak encik hasben belikan mesin scan tu, bleh tengok selalu kan. boleh la tau masa Mish makan, baby duk macam mana. duk cedok jugak makanan tu ke. sedut je ke. haha. okey, imagnasi tahap budak tak sekolah. kahkahkah.

believe it or not, im mommy to be.  

Tuesday, September 24, 2013

Apabila HB Low

salam semua.

dah lama rasa tak menaip kat belog pepel nih. rindu rasa hati. apakan daya. idea tak mencurah mari. time bawak kete, time mandi laju la idea berduyun-duyun mai. mustahil la boleh menghapdet saat macam tu kan. bila dah duk depan skrin, otak terus hang. apa daaa. kena update ios7 jugak otak ni karang. haha.

opss, ekceli nak citer mai, last week pergi check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, maklumla nak jadi ibu kan. ahaks. cek punya cek, lain semua dah okey, tapi HB pulak low. membebel la cik misi kat sana. masa ambik kat jari guna mesin hemocue tu, dapat bacaan 9 je. lepas tu kena amek darah kat lengan. situ pun low. 10.6. dah la sakit misi tu amek darah. dua hari tangan gua tak leh gerak beb. keras semacam sebab bengkak. haha. bila anak manja mengandung. gini la aduannya. serba-serbi sakit.

masa mula-mula tau HB low rasa macam rilek lagi. sebab tak tau risiko kan. then balik farmasi, bukak google, opss, bahaya rupanya HB low ni. risiko tumpah darah, keguguran, bayi cacat. terus datang keinsafan dan nekad!! walaumacam mana benci pun aku terhadap ubat, harusss telan jugak Iberet Folic tu. sebab kandungan iron tablet dia tinggi berbanding haematinic dan obimin.

mula-mula makan Iberet tu, diarrhea jugak la sehari suntuk. mungkin permulaan. demi baby, ku redah jua. ahaha. lepas tu lama-lama makan dah tak de masalah. alhamdulillah. selang dua hari lepas tu aku try pergi KKIA tu balik sebab nak cek HB kan. untung keje kat klinik, anytime boleh pegi sesuka hati. haha. dan lepas cek tu, alhamdulillah jugak, naik la walau tak sikit. 11.6 bacaan dia.

patut la sebelum ni rasa migrain je bila kena cahaya matahari. rupanya darah merah kurang. misi cakap kalau low lagi lepas dua minggu ni kena ambil sample 'stool'. paham apa tu stool? haha. najis okey. sebab tak nak bagi sample stool tu la buat aku gigih jugak makan Iberet.

ekceli, banyak cara lagi untuk naikkan HB. antara yang Mish google adalah, banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi seperti berikut :

-hati ayam (booster paling hebat, tapi tak digalakkan sebab organ dalaman)
-jambu batu.
-ikan bilis
-petai
-sayur bayam
-buah-buahan kering
-telur
-kekacang

dan sebaiknya, pengambilan makanan di atas diambil bersama makanan yang kaya dengan vitamin C. sebabbb, vitamin C membantu penyerapan zat besi dengan baik. contoh macam kau makan ikan bilis, then kau minum la jus oren. paham? elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi contohnya teh dan nescafe. kalau nak minum susu, jarakkan pengambilannya okey. bila dah mengandung baru rasa macam bersungguh nak jaga kesihatan. hehe. special tau perasaan ni. hee.

semoga urusan selepas ni dipermudahkan. aminn~

Friday, August 23, 2013

Bunting Pelamin

Assalamualaikum w.b.t.

tahun lepas kenal dengan encik hasbeng. tak sampai setahun kenal, kami kawen. tak sampai setahun kawen, insyaAllah akan dapat baby. indahnya aturan hidup Allah. aku je yang meratap, menagis, menyesal dengan percaturan dahulu. padahal, Allah dah sediakan yang indah-indah di sebalik yang sedih-sedih.

syukur Alhamdulillah.

Inai belum pun habis separuh kat jari, dah dapat berita yang aku mengandung. patut la masa on the way balik dari Langkawi hari tu aku asyik marah je encik hasben bawak kete. aku rasa macam nak muntah-muntah masa kereta bergerak. haha. habis tu kalau kereta tak bergerak sampai kiamat aku tak sampai rumah kan? rupanya masa tu simptom-simptom mengandung rupanya.

tarikh jangka bulan 3 tahun depan. tak lama dah kan? ahaks. baru terasa macam teruja gila. mula-mula dapat tahu tu, bingung-bingung je rasa. betul ke aku ni pregnant. betul ke ada benda dalam perut aku. agak unbelievable la. macam mana aku jadi mommy nanti. erk. bukan tak bersyukur. cuma macam, ish, awalnya. tapi bila dah lama-lama, keterujaan tu sampai jua. 

ye la, daripada aku duk rindukan si kecik Iman tu, lepas tu mula merengek homesick la apa la. nanti dah ada anak sendiri. rumah pun tak de la sunyi je. skang duk berdua. aku pandang muka kau, kau pandang muka aku. haha. time bercinta 24 jam nak mengadap sangat kann. nahhhh. haha.

so far, morning sickness yang teruk-teruk tak de lagi. setakat rasa mual muntah tu normal sebab perubahan hormon kan. ehee. syok rupanya bila mengandung ni. kita jalan laju sikit, ada orang tegur, jalan tu slow-slow. awak bukan bawak diri sesorang. ada baby. bila teringin nak makan something, ada je yang tunaikan. terasa diriku begitu berharga. bila balik kerja rasa tak larat, ngengada sikit ngan encik hasben, beliau pun cadangkan hari ni makan kat luar je la. kah kah kah. best. 

yang berpengalaman semua duk turunkan ilmu, petua. maklumla, ibu muda katanya. haha.

alhamdulillah. setiap yang Allah titipkan, sama ada susah atau senang, adalah percaturan untuk kita. susah itu ujian. senang pun ujian jugak sebenarnya. terpulang pada cara hati kita mentafsirkannya. terpulang pada minda kita memanipulasikannya. semoga yang baik-baik sentiasa di sisi kita. semoga yang buruk-buruk di jauhkan daripada kita. 


Tuesday, August 13, 2013

Panadol Dua Keping

penat weh keje dua hari selepas raya ni. patient datang berpusu-pusu. kebanyakan patient luar yang balik kampung. so, banyak la muka-muka baru yang Mish tengok. jejaka hensem dan ahkak ohsem pun ramai. untung staf single. kah kah kah. miang.

okey fine. takbleh miang dah.

ni nak citer sat. sepanjang dua hari kerja selepas cuti raya ni, ramai betul patient sepesen. sepesen camane maksud Mish? ahahaha. meh duk dekat-dekat nak citer. sorang makcik datang, "dik, boleh kasi panadol dua keping?". lepas tu patient lain pulak, pakcik la kononnya kan, "dik, pakcik nak lebih panadol."

berlarutan sampai dua tiga puluh orang patient. sakit pulak hati kite. mula-mula Mish sabar tau. sabar. sabar sangat-sangat. Uii. lelama panas pulak hati bila tengok stok panadol dah makin low. tak bleh jadi ni. baik sangat aku ni. harus ada tindakan drastik.

patient yang mintak lebih panadol lepas tu, Mish tanya dulu, " kenapa nak panadol lebih? makan ubat tu bila perlu je. u jangan makan hari-hari. doktor bagi untuk tiga hari je. cukup sekeping tu."

tapi datang patient muka kesian. emm, bagi jugak dua keping. bukan masalah kedekut. masalahnya prosedur kat sini memang bagi sekeping. klinik kesihatan je kot. lagpiun pesen depa ni suka buat stok melambak-lambak. lepas tu dah dua tiga bulan datang klinik cakap tak berani nak makan ubat tu sebab dah lama sangat. alahai. kan ada expired date belakang tu pakcik makcik kakak abang oii.

boleh darah tinggi mish macam ni. lambatnya jumlah patient nak kembali ke keadaan normal. ahaha.

Lelaki BOROS?

ehemm. mood baik pulak rasa hari ni. bangun awal siap masakkan breakfast lagi. tak pernah-pernah. semua angkara kedai makan tak berapa nak beroperasi lagi. sin encik hasbeng makan megi je tengah hari semalam. so hari ni pepagi Mish masak nasi goreng kampung campak-campak. sekadar alas perut untuk tengah hari. encik hasbeng ni tak suka makan pagi. dalam tengah hari baru cacing dia bangun. kah kah kah.

oh ya. nak cakap pasal lelaki.

ehee,

sebagai lelaki, first sekali, kena pandai urus kewangan. Mish kenal sorang lelaki yang boros. jarang jumpa tauu. sekali dah jumpa ni memang boros habis. naseb perut tak boroi. ahaha. tak nak citer banyak pasal dia ni. tapi, macam kesian la tengok dia. duit gaji tinggal suntuk-suntuk sebab tanggung hutang kiri kanan yang bagi Mish macam hutang tak bawak keuntungan. hutang yang mana nanti 20 tahun langsai, he 'll get nothing. tapi tu pun nak tambah lagi hutang. ya rabbi. ikutkan sangat nafsu darah muda. nanti kawen takkan nak makan pakai guna duit bini. kan kan? fikir-fikirkan la.

dahulukan apa yang perlu di dahulukan. awak tu nanti ada tanggungan yang lagi hebat. hari ni takat tanggung perut awak its okey its alright la kan. hehe.

lain la kalau macam yang ni, bila buat loan je berpeluang pergi holiday naik cruise kau. kau ada?

  1. tiada caj tambahan apabila anda mencapai kuota internet?? yeke?
  2. bas canggih yang ada KBS. macam KBS world bunyinya kan? ahaha


sekadar renungan, 




Monday, August 12, 2013

Beraya BerTIGA, honeymoon berTIGA

assalamualaikum w.b.t.

ehemm. segan segan pulak nak menaip lepas lama tak menaip. tapi nak menaip jugak. ekceli nak sampaikan berita basi.

it was about 3 weeks ago rasa nya.

masa honeymoon hari tu serius tak tau lagi ada benda baru rupanya dalam perut ni. ehee. selamba badak je naik bot, redah ombak, panjat itu, panjat ini. alahai. nasib baik tak jadi pape. alhamdulillah.

so, secara tak rasminya, raya kami tahun ni ekceli bertiga la kan. tahun depan kalau ada rezeki baru dengan rasminya bertiga secara fizikal.

seronok! tapi tak tahan tekak asyik geli-geli je nak muntah. aduhai sayang. jangan macam ni please. lepas raya ni boleh la pergi buat buku merah. yang seramnya part nak amik darah. seumur hidup tak pernah kena amik darah. tapi takpe takpe..encik hasben kan ada. mengedeng ngan dia la nanti. haha.

doakan yang terbaik.. :)






Thursday, July 25, 2013

Sedut Madu di LANGKAWI. (honeymoon)

honeymoon tu letak dalam kurungan siap-siap. kan ada yang silap paham ingat aku nak pi cari madu ntuk diri sendiri. haha. no no no okey. sedut madu tu means, nak pi cari kemanisan rumahtangga hidup berdua selepas kahwin. puitis melelesss ayat gua. understand?

ehem.

dah berminggu-minggu berlalu baru nak story cerita basi. pedulikan. yang penting aku nak setiap event best-best dalam hidup aku wajib ada dalam blog ni. yang best-best okey. tak de la best bagi korang. tapi bagi aku. best. honeymoon, giler tak best kan? haha.

perjalanan dari Bentong ke Kuala Kedah makan masa 8 jam hoi. 8 jam tau. kematu buntut duk lam kereta weh. rajin sangat nak drive kan. haha. berdua-duaan kononnya. banyak sebenarnya nak story. tapi bila jumpa keyboard rasa macam ahh malas pulak. share gambor je aci?? sebab tu je motif nak ngapdet ni. hee.

ni kira honeymoon part 1. sebab banyak lagi tempat kami nak pergi. Langkawi ni ekceli not in my list. tapi dah sepupu sponsor penginapan kan. rugi la tak grab kannnn?

so, ni tempat menginap kami.


dekat je dengan Pantai Cenang. Dekat dengan airport. dekat dengan segala-galanya lah. duduk sini baru dua hari, tapi rasa dah boleh jadi pemandu pelancong beb. wahaha.


gambo hok ni masa gi Pulau Dayang Bunting. amek pakej island hopping dapat la korang meloncat-loncat naik bot melanggar ombak air bergelora ke tiga buah pulau. ahaha. syiokk. almaklum la, honeymoon berdua, lepas tu mula la banyak gambar yang camwhore. kalau ada yang baik hati, baru ada orang amekkan. ehee. kalau nak tau lanjut pasal island hopping atau pulau ni, mohon google sendiri. oh, Mish pergi island hopping  hari tu rege dia RM30 sorang kot. mahal eh? lantak laa. dah lepas. haha.


gambar pakai suwit-suwit ni kes nak pegi naik cable car pada belah petang tu. konon syok la amek gambo sebab baju cumil-cumil cam ni kan. penat berharap agar encik hasbeng tertarik ngan kaler mabeles pepel ni tau. nasib baik dimakbulkan. haha. malangnya cable car under maintanence. kecewa! kami pun pegi la jalan-jalan kat Makam Mahsuri. bayaran masuk RM7 kalau tak silap. tapi membazir je bayar sebab rumah Mahsuri tengah renovate. ape la naseb.

hari terakhir di Langkawi. kami sekali lagi gigih ke tempat cable car. berharap ia berfungsi walaupun pagi tu petir sabung menyabung. harapan kena la tinggi kan. kitorang sampai jam 9.00pagi kot. 10.45 baru dapat naik sebab perkhidmatan cable car ditunda akibat cuaca. ikutkan Mish nak angkat kaki je. tak kuasa la nak beratur lelama. buat lenguh urat keting je berdiri. haha. tapi encik hasbeng gigih. tau sangat bini dia memang duk ngigau benda alah ni je bila sebut Langkawi. so sementara tunggu pengumuman cable car beroperasi, kami jenjalan la dulu sekitar Oriental Village nih. siap ada taman Jepun lagi kauu. haha.

 atas berkat kesabaran dia la, maka, merasa la jugak Mish naik cable car ni. ehee. tengkiyu hasbengku. :p






Monday, July 15, 2013

Persiapan Raya

Assalamualikum w.b.t.

dah masuk puasa yang keenam kita hari ni. lip lap lip lap je masa berlalu kan. semalam tengok berita duk tunjuk persiapan raya kebanyakn manusia yang berniat nak setel awal.

macam Mish pulak, first time kot beraya sebagai status isteri. tak tau nak cakap semangat nak raya tu tahap berapa je. haha. mentang-mentang dah ada laki kan, tak raya pun tak pe. kah kah kah.

ekceli, encik hasbeng kan, seminggu oncall, seminggu free call. so, minggu oncall konfem-konfem tak bleh pi mana kan. kena duk je terperap kat rumah beb. time yang free call pulak sibuk nak balik kampung. kampung pulak ada dua sekarang. balik sebelah je, nanti kan tak kena. orang sebelah lagi cakap apa pulak. tapi nak balik dua-dua memang suntuk-suntuk la masa.

kalau dulu, cuti 4 hari untuk balik kampung tu dah heaven gilos. tapi skang, 4 hari tu pening duk atas jalan raya je ulang alik kampung awak, kampung saya. seronok kawen kan kan? sementara bujang ni u olls, selalu la balik kampung ye. itu sejenis nasihat okey.

so, bila ntah nak pergi merendek cari baju raya. tak nak banyak pun. dapat sehelai untuk raya pertama cukup la. baju masa tunang dan sambut menantu hari tu baru lagi. boleh pakai untuk raya seterusnya. jimat kan ai? haha.

berkenan jubah macam ni, lengan dia lawa kot. mana nak cari ni. huwaa.

Tuesday, July 2, 2013

HARAPAN

hidup ni, kalau kita terlalu mengharapkan sesuatu , kemungkinan besar, sesuatu itu takkan become a reality. susah. susah kita nak mengharapkan sesuatu yang tidak mustahil. sebab kalau ianya sesuatu yang tidak mustahil mudah jadi realiti, for sure takkan wujudnya perkara yang dipanggil harapan dan takkan wujud insan yang mengharap. kan?


tapi,
tanpa harapan, kita  akan jadi orang yang mudah berputus asa, malas berusaha.
tanpa harapan, kita mungkin takkan berada pada kedudukan kita sekarang.
tanpa harapan, kita akan jadi lifeless.


Monday, July 1, 2013

Semangat July!

Assalamualaikum w.b.t.

yippie yippu yippee. alhamdulillah. masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas. dah masuk bulan julai la u olls! ekceli mish pun tak tau kenapa teruja sangat. 4 years ago, pada tarikh yang sama, adalah tarikh masuk kolej.


oh semm! rindu kawan-kawan kolej.

dan julai ni agak meaningful bagi Mish. 25hb ni genap 2 tahun mish kerja. pheww. baru dua tahun rupanya. lambat lagi nak pencen beb. rasa macam dah berkurun lama ku bekerja. ahaks. dan di bulan Julai ni jugak, pada satu Julai yang mulia ni, genap setahun 20 hari Mish berkawan dengan encik hasbeng. genap jugak 4 bulan 20 hari kami bertunang dan genap sebulan kami berkahwin. ngeh ngeh ngeh.

dan mohon, Julai terus memberi kami kebahagiaan dalam rumahtangga. panjang lagi liku, selekoh tajam, bukit bukau yang nak kami tempuh. fuhh. mohon hati tidak mudah penat. tetapkan hati kami ya Allah.


mohon jangan jeluak muntah tengok gambar gua yang ayu sopan dan santun disamping suami tercinta ni okeyhh. mhon semua kakak abang adik macik tolonglaa jangan cakap ni adik saya. simpati la kat saya. sobss. meskipun muka gua nampak macam mengembung dalam gambar ni, itu hanya efek pencahayaan. kah kah kah. tetiba!

Friday, June 28, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Gosok Baju

Assalamualaikum w.b.t

merasa kepenatan yang tak terhingga dua tiga hari ni. ahad, isnin dan selasa hari tu kursus. hari ni (rabu) mula kerja, tapi dah kena pegi Hospital bentong untuk pungut ubat LP. hanya yang paham je tahu. tak penting pun ekceli. yang penting dan harus kamu tau, kerja ni penat even pergi dengan driver.

penat nak kena angkat kotak dari stor integrasi kat tingkat dua. lepas tu nak angkat lotion-lotion kat manufacturing. phewww. semoga tulang ku terus kuat untuk menampung kerja ku sehingga pencen. haha.

semoga Allah memberkati pekerjaan ku. kerja itu satu ibadah. 

Mish keje pakai uniform kelabu okey. statik je uniform tu sampai pencen insyaAllah. agak membosankan la bila kerja beruniform ni. haha. tapi tudung je diberi kebebesan. kau nak pakai tudung putih ke, kelabu asap ke, hijau pucuk pisang ke, merah mak ngah ke. up to you. so, kire tahan la sikit sebab boleh bergaya tang tudung kan. haha. bergayalah sangat. pesen tudung Mish kalau keje ni sama je. buat cam mangkuk tu. pakai brooch besar-besar. setel! hak hak. tak payah susah.

tapi yang susahnya, Mish malas nak gosok tudung. bukan takat tudung je, baju dan segala jenis benda yang kena gosok. uniform suami pun Mish gosok sebab pikir tanggungjawab. kang laki aku cari lain pulak pasal Mish ni pemalas kan. tolonggla paham. ni bukan malas. tapi ni tak minah. kehkehkeh.

emm. camane la kalau Mish jadi cikgu eh. hari-hari kena tukar baju, kena gosok baju, kena gosok tudung. erkk!


Friday, June 21, 2013

Kita Bukan Milik Mereka

Assalamualaikum w.b.t

pernah rasa tak situasi dimana mereka yang berkata-kata kosong lebih hebat daripada mereka yang berkata-kata berisi. okey, meskipun ayat macam terabur tapi mohon mengerti ya mbak-mbak sekalian.

situasi dimana mereka sesuka hati merasakan mereka layak menentukan hala tuju kita. mereka yang merasa mereka lebih tahu apa yang kita patut buat, apa yang kita patut pilih. kita ni lebih kurang under control diorang la. feeling macam kita ni robot gitu. tekan je buatng A, kita terus ikut. but sorry la wei, kami ada otak. tak kuasa di haprak nak ikut. kami boleh pikir, siapa yang nak control kami, siapa yang nak tolong kami. we know the best.

dan untuk orang mcam kamu, kesian.

Sekian.

Wednesday, June 19, 2013

Pee Mak Cerita Hantu Romantik

Assalamualaikum w.b.t.

malam kelmarin Mish berkesempatan berdating sambil menonton wayang ngan encik hasben. cerita yang duk main lam pale otak time berniat nak tengok wayang tu adalah Pee Mak. semua gara-gara review yang diberikan oleh Nanie. Mish yang memang dah nipis-nipis iman bab wayang ni harus la tergoda. sepanjang kenal encik hasben tak pernah lagi kot tengok cerita hantu.


cerita ni memang best dan sangat berbaloi kot. cerita dia seram. tapi dalam seram ada jenaka. gila penat Mish gelak tengok citer ni. awal-awal citer pun dan nampak gusi. haha. time seram tu ekceli tak de la seram mana kot. Mish tengok encik hasben steady je. Mish pulak yang terketar-ketar berdebar punya pasal.

cerita ni romantikk sangat. see. 3 in 1 kot citer ni. kisah si isteri yang asalnya dah meninggal, tapi rohnya tak nak pulang ke tempat yang sepatutnya. dia setia tunggu hasben dia balik dari berperang. bla bla bla. tak reti nak citer. tapi yang pasti ending dia best. ye. memang isteri dia si hantu tu. haha. penat duk teka, siapa hantu yang sebenarnya. so, korang tak payah teka dah. Mish bagitau sendiri. haha. spoillll~


# heroin dia lawa wes.
# Mish tak paham kenapa dorang hitamkan gigi. geli kot.

Tuesday, June 18, 2013

Akak Farmasi Garang. Grrrr~

tadi Mish duk sedap layan reten farmasi kat meja bos, tetiba je pintu Farmasi terkuak sendiri. sentap la jugak kejap sebab semalam baru lepas tengok Pee Mak. citer hantu Thailand tuuu. malam nanti Mish citer eh. syhhh. haha.

berbalik pada pintu tadi. mish tertunggu-tunggu la jugak gerangan mana yang menolak pintu tu kan. nak tuduh angin, memang tak logik la. angin celah mana kuat sangat dalam bangunan klinik ni sampai boleh bukak pintu yang tertutup rapat. kipas kat depan tu pun rosak kalau tak silap.

enakk je Mish perati kat pintu tu sekali ada tangan kecil menjalar. kah kah kah. advance sangat ayat menjalar tu. okey okey. ada tangan kecik kat pintu tu. pastu dengar suara dia duk gelak-gelak. boleh pulak dia main cak cak dengan gua. perghh. sabar lagi. sekali dia main bukak tutup pintu. kiraan reten dah berterabur.

okey. ni kucing. bukan Mish okey. 
tahap kegeraman mendidih la jugak kan. lalu Mish cerlung mata bulat kat budak perempuan tu. terkejut beruk dia.

"akak pamasi garangggg!"

dia jerit pegi dekat mak dia. hahaha. kesah pulak aku. Mish syak, saspek berumur 4 tahun kot.

Monday, June 17, 2013

Moody Monday, Hari Merungut

moody MONDAY. yep. perasaan yang duk terasa sampai ke buku lali skang ni. tadi pagi before gerak tengok wajah hasben macam semangat pelik je. sampai kat tempat keje terus je mendung semangat tu. waddehel yaww.

stress sebenarnya. meh nak buat sesi luahan perasaan. lama tak emo taip blog. dulu semua tau Mish bila dapat keyboard emosi terus ke langit tingginya. kah kah kah.

okey. tadi Pegawai incharge telefon suruh buat lagi sekali inden sebab yang Mish buat last week dorang tak dapat trace. goshh. penat kot. nak kena buat balik. isi balik. order balik. ekceli Mish malas nak bukak komputer inden tu. sebab leceh. dan selalu je terlupa nak turn off before balik kerja. hahaha. 

lepas tu kan. kerja dua orang. supposed to la kan. tapi end up with me sorang-sorang. ni la yang ai paling panas. yang sorang lagi gaji tinggi melangit. tapi....pffttt. ingat ye kawan-kawan. makin tinggi gaji, bukan bermakna makin sedap ampa boleh buli orang bawah. tolong la consider sikit beb. gua pun tak nak kerja susah-susah ni. tak nak datang awal-awal pagi ni. tapi pliss la beb. orang bayar gaji kan. nak duit kena kerja beb. nak berkat kena buat semua tu beb. ok. Mish pun nak berkat.



sekian terima kasih. jom packing ubat! sebelum tu. ni bukan rungutan biasa. Faedah dan kelebihan MERUNGUT.

psst~
acane nak buat bila dapat kerja ngan makhluk macam ni. sedih dengan diri sendiri. semua kerja orang push kita. semua harap kita buat. hoii. bagi la kerja aku siap dulu. lepas tu insyaAllah dengan ikhlas gua buat. satu-satu la. sian kat ai. ngadu kat hasben kangg!

Saturday, June 15, 2013

Wahh, SABTU!

hai semua. ahaha. mood rajin menaip memang tengah up. memang tak boleh kata apa la. dan mohon, jangan kata pape.

hari ni Sabtu weh. terasa indahnya bila sebut hari Sabtu. hujung minggu yang ditunggu-tunggu bagi pekerja office hour macam Mish. encik hasben oncall. so, bersenang lenang kat rumah je la jawabnya. hajat di hati nak topup tido. nak rilekskan badan. nak goyang-goyang-goyang kaki. malangnya, kuarters klinik ni rajin la plak nak buat gotong royong hari-hari minggu ni. spoil.

teringat time study, kalau hari sabtu ahad tu ibarat malam raya la tahap keseronokannya. macam-macam plan lam kepala otak ni. ennnjoyy manjang. rinduuu nya nak tengok wayang. rindu bau pantai. lama tak makan eskrem Gelato. lama tak jejak Midvalley. agak-agak Times Square rindu Mish tak eh. ohhh, rindu semua. dah, jom gotong-royong. siap-siap pegang penyapu, penyodok semua yeee! ayuhhhh!

Friday, June 14, 2013

Akad Nikah

Assalamualaikum w.b.t

gambar ni hasil daripada abang Fotografer dan sudi editkan dan sudi tagkan dekat ai. 
 hari ni malas nak cerita cerita pepanjang lebar. ekceli bila dipikir balik dua tiga ploh kali drab seribu kali, macam tak caya je. aku ni bini orang eh. kalau dulu punya la aku menggedik nak dapat title tu, skang bila dapat title tu rasa macam nak lempang-lempang dahi. aku ni isteri orang? aku ni isteri Mohd Zainuddin? ahahah. believe it or not Najihah.

dan laaaagi satu. aku rasa macam tak caye aku jadi isteri yang sah dengan hanya sekali lafaz. haha. bila ingat balik time tu macam lucu pun ada. alkisahnya, suami Mish ni jenis pemalu ya ampunn sikit. so, Mish tak simpan harapan tinggi la untuk sekali lafaz. beberapa lafaz pun boleh, yang penting sah. iye dop? tapi, untungnya, tak tau dari mana kekuatan sampai, ianya berlaku cuma sekali lafaz. masa tu rasa macam nak luruh jantung sebab terlalu lega. syok weh perasaan tu. belum pernh rasa kan? dah..cepat-cepat pi rasa. hakhakhak.

we are husband and wife! 
 alkisah tudung sempoi. nampak tak tudung dan stail tudung Mish pakai masa akad nikah ni? ahaha. itu sebenarnya tudung last minute okey. asalnya nak pakai shawl. inner tudung dah beli kaler baby blue. tapi shawl tak jumpa-jumpa kaler yang sesuai. alih-alih, mak andam dah siap solek pun still tak de tudung lagi. naseb baik adik Mish ada tudung kaler ni. masuk la jugak walaupun jarang Mish tengok pengantin pakai tudung kawen dua tone. haha. pedulikkk apa kannn?

Thursday, June 13, 2013

Misi Dua Bulan Selepas Kahwin

Assalamualaikum w.b.t

syukur ke hadrat Ilahi sebab mengentalkan lagi semangat mengetuk-ngetuk keyboard ni. haha. tambah kental bila bukak Nuffnang tengok ada 4 buffered earning dengan status on going. ehem. mekaseh abang Nuff. even lama kita tak bersua, abang sudi bagi duit lebih. hadiah kawen lettew. hoho.

rutin harian lepas kawen? still macam biasa. rutin paling bosan bila kena bangun awal, then siap-siap awal, kena drive 15-20 minit, then masuk keje. pastu dah pukul 5 petang on time, drive lagi ntuk balik rumah. homaigod. kalau dulu tak sampai lima minit dah sampai klinik jalan kaki je. skang terpaksa berulang pergi kerja. 

balik kerja je lepak-lepak dulu. masak nasi semua encik hasben dah setel awal-awal lagi. Mish cuma pikir lauk je. syukur sebab dia tau bini dia memang paling malas nak masak nasi. haha. leceh nak kena basuh-basuh beras, tuang-tuang air. haha. 

bab lauk tak pernah lagi mish masak yang beria. semalam paling hebat pun masak sardin, telur dadar ngan kacang buncis. siap! encik hasben pulak makhluk paling senang bab makan. simple is better baginya. kuikuikui. memang kena la ngan aku yang sangat rajin ni kan. 

ekceli bukn lah Mish mals nk msak, masalahnya, peti tak sampai-sampai lagi. order dari sebelum kawen lagi. sampai gua dh kawen tetap tak sampai. kata tukang kedai, insyaAllah petang ni sampai. hoorey! lepas ni gigih la sikit ai bersilat kat dapur. haha. 



psst~ 
misi nak menaikkan berat badan encik hasben bermula! bebudak klinik bagi ai masa 2 bulan ntuk buat dia gemuk. oh my! high expectation rupanya kawan-kawan aku. haha. kurus sangat eh awak? =P

Wednesday, June 12, 2013

his WIFE!

Assalamualaikum w.b.t.

ehemm. hai semua. ni first post after 12 hari jadi isteri orang. ahaha. wonderful feeling okeyh. memula ingatkan dah jadi bini orang ni dah malas nak berbelog. tapi apakan daya, kita hanya merancang, keinginan yang menentukan. hoho.

gambar kawen? cerita pasal kawen? no no no. yang tu ai nak simpan ntuk lain post. biar rasa feeling lelebeyhhh sikit baru syok nak cerita.

perasaan lepas kawen? haruslah syok. kan akak-akak kan kan. buat pape pun ada orang teman. makan ada orang teman. sanggup tunggu kite ratah ayam sampai tangan dia dah kering kontang pun kita tak siap gigit lagi tulang ayam. time basuh baju, kita sangkut-sangkut kat hanger, dia sangkut kat penyidai. padahal boleh je kita sangkut sendiri kat penyidai tu terus. tapi nak ngengada punya pasal. kita sanggup susahkan dia. haha.

love u hubby!
psst : pes time tayang muka husband. ahakss!
mohon situasi yang sweet muwitt ini berkekalan hingga ke nafas terakhir. dan mohon jangan bosan melayan perangai ngengada ni.

soalan biasa orang tanya lepas kawen. HONEYMOON. alahai lahai lahai. honeymoon aku kat chemomoi je. kuarters klinik dia. ini menambahkan lagi kesweetan kami. maybe a month lepas kawen nanti kot gi honeymoon sat. tu pun sebab sepupu sponsor. untunggg nasib badan. haha.

fuh. lama tak menaip. sekali menaip berjela weh. haha. berbakat lagi aku bab merapu tak memasal ni rupanya. haha. bangga! orait. chaw dulu. sambung bila keinginan muncul pulak eh. adios!


Sunday, April 14, 2013

Pengantin To Be SELAMBA BADAK.


Assalamualaikum w.b.t.

fuhh. sekian lama jugak wa tak ketuk-ketuk muka keyboard nih. bese update kot celah hengset je. bapak tak seronoknya. huii. niat dah murni, tapi kemudahan zero. tu yang jadinya berkarat belog nih. huwaa. so, sesekali balik kampung, gunakan nikmat yang ada sepenuhnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah sekali lagi sebab PRU-13 jatuh pada 5hb Mei. sebelum ni orang tanya segan-segan nak bagitau. sebab tak sure kan. belah kita dah sure pun, kalau belah SPR still ragu-ragu tarikh PRU tak jadik jugak. kwang kwang kwang. makanya, i am bride to be! yeayyy! dah nak kawen. dah boleh kawen. yeyeayyy! haha. nampak tak tahap excited nak kawen tu camane.


so, Mish ada lebih kurang sebulan setengah lagi untuk prepare segala bagai persediaan sebelum kahwin. tapi kann...berapa peratus je baru siap nih. barang hantaran baru beli dua tiga par kot. hal tok imam, surat menyurat, borang segala bagai belum setel lagi. HIV test konfem tak buat lagi. tapi tak pe, keje klinik. haha. kanopi semua tak setel lagik. tukang masak semua tu tak carik lagi. haha. rasa nak gelak guling-guling bila tengok semua tak setel lagi. Hoiii. nak kawen tak ni haaa?

yang dah setelnya yang bahagian booking awal-awal. tapi tak de la booking awal sangat. bulan 3 hari tu baru duk membooking. pelamin, baju pengantin, forotgrapher. tiga tu konfem dah setel 100%. haha. goodies baru setel 50%. huii. rasa nak pecah kepala pikir nak buat mana satu dulu. encik tunang pulak keje oncall selang seminggu. so, nak gi cari barang segala bagai tu limited la sikit. alahai lahai lahai.

kad kawen? langsung tak pikir lagi. nanti lepas en tunang habis oncall la baru duk bizi tang tu. baju akad nikah akhir bulan 4 ni insyaAllah boleh pergi amek dah.

see? see? see? see? excited je lebih bab kawen. tapi prepration hampeh. tak tau la nak cakap. perangai last minute buat kerja tu still girang-girang lam jiwa. susah nak buang. Pliss la Najihah. nak kawen tak ni??

Tuesday, April 2, 2013

Pesta Kasut 2013

Assalamualaikum w.b.t

Semalam aku dengan encik tunang pergi ke PWTC. Alasannya sebab nak pick up adik aku kat hentian Putra then hantar beliau ke asrama kat Putrajaya.tapi dah alang-alang adik aku lambat lagi sampai, makanya, aku terpanggil untuk pergi ke Pesta Kasut tu.

Mula-mula nak pergi tu, homaigod, giler excited. Tapi penat seyh berjalan. Giler jauh. Dan jelajah jambatan, meredah jejantas segala bagai baru sampai. Mau tercabut kaki. Nasib la pegi dengan tunang. Semangat lain sikit kan. Kah3. Ini semua poyoooo.

Hasil yang aku dapat pi sana? Haha. Kasut kat bawah tu. kasut kanvas tapak getah yang berlukis. Feeling feeling back to school balik je. Haha. Kasut lain semua vogue sangat. Kang menangis pulak artis satu Malaysia sebab aku lagi blink blink daripada depa. Hakhakhak.

#gedik nak ngapdet. Sambil tunggu patient sambil update. Asah skil yang makin menumpul. Fuhhhh. Berpeluh!

Sunday, March 24, 2013

I love you.

Here we are. Cerita pasal encik tunang kite

Hai b, even awak kurus. I don mind. Nanti pas kawen kite bagi awak makan banyak-banyak ye. Bia awak gemuk. Tak pun berisi sikit. Buncit pun tak pe sebab kite tengok ramai orang post kat facebook cakap buncit tu seksi. Hak3. Kalah la mulan jameela nanti. Memang la kite tak reti masak, tapi kann, nanti kan awak cakap nak tolong kite. Ok la tu. Kalau tak sedap, bukan sebab kite sorang. Tapi kite dua orang. Ahaks. Gediks. Mohon awak jangan lupa janji manismu eh. Gulai awak kangg!

Dear b, i love you. U know y? Sebab awak buat kite senyum sorang-sorang. Always tau. Nanti orang cakap awak tunang ngan orang tak betul. Yes. Tak betul sebab awak. Tak la teruk sangatkan? Lepas tu awak selalu buat kite nangis sorang-sorang. Sebak tau. Tolonggla jangan oncall lelama. tapi takpe, awak tau kite memang crybaby punn. Dan awak selalu sabar pujuk..oh sweet nya kiteww
Awak tau, even kite banyak buat perangai, suka merajuk, suka gaduh. Tapi awak tetap awak. Awak tetap guna kelembutan nak pujuk kite even masa tu kite dah jadi singa betina sebab bendera merah nak naik. Harap semua tu kekal ye b. Aminn.

Tapi kan, hari tu awak terasa ngan kite eh. Sebab kite tak penah expose awak sebagai tunang kite. Sorry okey. Bukan kite saje-saje tak nak expose. Bukan kite malu. Oh pliss la, nak malu buat apa dapat tunang muka cam korea, tinggi je pun dah macam Lee Min Ho. Ohmai. Terlalu memujikah haku?tapi kite nak bagi orang saspen. Nanti dah kawen, tiap ceruk tempat kite letak gambar kite sama-sama eh b. Takleh la gambar awak sorang, nanti ada awek ngorat. No way!

Awak sweet. Awak tau kite suka makan kek, setiap kali kite majok awak beli kek. Kite syak awak ada dua niat. Pertama, awak nak pujuk kita. Kedua, awak nak kite gemuk, so dengan tu saham saya jatuh. Awak memang pandai. Haha. Bila kite stress dengan keje sampai nangis teresak-esak macam budak tak dapat cekelat, awak bawak kite pegi jalan-jalan kat pantai. Even dua jam perjalanan jauhnya, awak sanggup bawak. Awak tau kite suka pantai suke sangat-sangat. Thanx b.

Semoga urusan kita selepas ni dipermudahkanNya. Iloveyou. Ouch,malu!

#entry gediks ni memang ikhlas aku tulis sebab tak boleh nak tidur punya pasal. Haha. Sape suh encik tunang tidur awal. Kan dah jadik bahan nak nulih. bosannn..zzZZ

Wednesday, February 20, 2013

Thursday, February 14, 2013

E-day #1 : Review Baju Tunang

Assalamualaikum w.b.t.

Ehemmm. Berdehem sket. Kot kot la lain bunyi dehem Mish sebelum tunang ngan lepas tunang. Haha. Ini semua poyo. Tak caye rasa dah 3 hari jadi tunang orang weh. Orang cakap seri tunang pun tak hilang lagi. Haha. Kuattt tehh main angin. Cium-cium tangan pun terbau lagi tangan mak mertua sarung cincin hari tu. Kah kah kah. Overnyewww.

First of all, Mish nak citer pasal baju tunang hari tu dulu. Baju simple yang amat je pun. Untuk tunang ni, Mish terliurrrr sesangat baju peplum. Nampak sweet je orang pakai. Hee. Kalau nak upah jahit baju ni, kena cari kain betul-betul tau. Kena cari kain yang berat supaya dia flowy cantik giler bila dipakai. Hee.

Untuk warna, Mish memang nak kaler pepelllll cair ni. Lawa.nampak la sikit sopan sebab ai ni bukan sopan sangatt pun. Haha. Itu adalah strategi nak pikat keluarga belah encik tunang. Haha. Lepas tu Mish combined ngan kaler kelabu sebab suka tengok baju tunang si Linda Roslan. Alih-alih tersama pulak dengan baju belog Mish Lollypurp. Haha. Ini yang dikatakan jodoh tak berbau. #_#

Untuk baju Mish upah kat tailor yang buat uniform kat bandar Bera. Dia amek rm80 sepasang ntuk peplum. Berbaloi sebab auntie ni jahit uniform Mish memang selesa. Lace tampal dekat pinggang ngan lengan tu Mish beli kat kedai kain Megalace je. Macam pilihan ada u olls. Nak jahit sendiri malas,so, bazirkan around rm10+ suh auntie tu jahit jugak. Giler pemalas kannn. Haha.

Tudung pulak pakai tudung kain jojet biasa je. Asal-asal nak pakai shawl. Tapi time nak tunang hari tu tetiba je semua kedai takde jual shawl yang macam Mish idamkan. Haiyaa. Even pakai bawal biasa pun, kau pakai veil ngan kerawang kat kepala terus nampak gojes sikit. Hehe.

Kepada yang belum bertunang tu, mohon segeralah bertunang sebab perasaan jadi tunang orang serius lain. Hati dan jiwa pun makin lembut wehh. Kena jaga-jaga. Hehe. Tapi pape pun, bila jumpa sape-sape kat jalan yang tanya, "kau datang ngan sape?" Dengan bangganya kau boleh jawab "aku datang ngan tunang aku.." hee.

Nanti lepas Mish kahwin Mish cakap segeralah berkahwin pulak. Haha.

Tuesday, February 5, 2013

Kahwin itu NGERI

pungpangpungpang..tolong percaya. Budak Mish yang dulu selalu duk menggedik manja gelebek gatal nak kawen tu, hari ini,ya hari ini mengaku bahawasanya, beliau takut nak kawen. Haha.

1) korang bayangkan, perut sendiri pun makan makanan yang asal boleh telan, nikan pulak nak bagi anak orang lain makan masakan kita?eh, korang yang reti masak boleh duduk diam-diam ceruk dapur okey. Ni Mish bercakap dengan mereka-mereka yang senasib dengan Mish. Huishhh. Kering la laki aku...wuwuwuw. ampun ye banggg.

2) kemudiannya, pasal mak mertua. Telan air liur macam telan biji nangka bab ni. Takut wes.ampa semua dah mengadap puan besar ni tak pe la. Mish tak pernah mengadap lagi okey. Ya ampun, cemana la mak mertua Mish eh. Buatnya dia suruh Mish siang ikan. Hancur la ikan tu tak tau mana mata, mana perut,mana sirip mana ekor dapat kat Mish. Sejujurnya ma, jihah tak reti siang ikan. Ngeri wo darah ikan. Mohon jangan direjek ye. Haha.

3) berubah. Yess. Ngeri bila dibayangkan sang suami kesayangan berperangai tak serupa dengan masa jadi pakwe dulu.masa mula-mula kenal dulu.aduhai. dulu kenal sabarrr je. Sekali bila dah kawen,huishhh garang macam singa nak mengawan. Erkkk. Mintak jauh la ye b. Ehemm..

4) Benda yang macam logik sikit ntuk Mish takut pasal kawen ni adalah,persediaan nak kawen tu. Huiii. Kena betul-betul teliti perbincangannya. Silap langkah, belah sana makan ati, belah sini makan pedal, belah dinung makan jantung. Tamo tamo tamo. Tak best lah macam tu kan? Tapiii.macam sedang alami kes ni je skang ni. Walaupun kawen tu lambat lagi. Any advice??

I love you orang sebelah. Heee……(^_^)√

Thursday, January 31, 2013

Terlalu pandai bercakap pun susah jugak.

Pffft.
Orang cina bila bercakap melayu,standard la tersekat-sekat. Bukan semua perkataan melayu orang cina tau cakap. Dah boleh explain sikit-sikit biar lambat ssal paham sudahla. Duk keji duk hina tu kenapa. Pelat dia menyusahkan kau ke? Puiii. Sakit hati.

YanG dia tu terlalu fasih bercakap susah jugak. Duk menjaja buruk orang ke hulu hilir. Tak padan ngan jantan. Mulut cam murai.

Biaq p la oranG pelat ke gagap ke apa ke.

Wednesday, January 30, 2013

E-day preparation #1

Bersemangat! Haha. Tengah counting the day. Dup dap dup dap. Heartbeat Mish laju skang.

Bercakap tentang preparation, gubahan hantaran  dah hampir siap.  tinggal nak isi barang je. Semua simple-simple je. Umi buatkan. Bersungguh-sungguh umi nak dapat menantu. Menaikkan semangat Mish nak kawen. Hiks. Gatai.

Thursday, January 17, 2013

Pesakit, pleaselah....

Ini entri emo.

Dalam banyak banyak perkara, perkara yang paling membuatkan aku rasa macam nak resign je terus adalah bila aku berdepan dengan patient yang terlalu pandai yakni memandai-mandai. Ya ampun,malas nak hadap orang macam ni.

Buat farmasi ni macam klinik ni macam moyang dia. Ya rabbi, mintak tu mintak ni. Benda yang preskriber tak tulis dalam slip tu,kami tak leh bagi mudah-mudah.nanti papehal jadi sape nak jawab.lagi satu,kalau tak sakit tu,buat pe mintak ubat tu.nak buat spare?tak payah ye sedare-sedare sekalian.bahaya makan ubat ikut suka.datang klinik dulu cek ye.Seperti biasa,kalau jadi pape hal susahhhhh.

Lagi satu, once i cakap ubat tak de stok, means, memang tak de stok la. Orang lain pun nak guna jugak.so harus jimat. Tak boleh nak bagi dua ke tiga ke. Tak ada faedahnya kami nak tipu.lagipun,kami supply untuk anda dah cukup-cukup ikut yang preskriber tulis. Dah dos yang sepatutnya okeyyy. Mohon terima la seadanya. Ubat akhir tahun ngan awal tahun ni ting tong sikit sebab bajet belum masuk. Mohon pengertian.

Penatnya.... :(

Wednesday, January 16, 2013

BENCI?

Segunung kebencian kamu takkan menjejaskan walau setitik pun kebahagiaan aku pada hari ini.

Maka,aku mohon, bencilah aku kalau kamu rasa aku patut dibenci.
Bencilah aku andai kamu merasa dengan kebencian kamu boleh buat aku merasa derita.
Bencilah aku kiranya itu memberi kepuasan bagimu.

Bencilah melihat aku bahagia. Bencilah melihat aku tersenyum. Semoga hati kamu tenang. Semoga kamu bahagia. Peace yo!

#for somebody that i used to know. :)